Thursday, February 5, 2009

....CANTIK....

usah sangka cinta hanya akan lahir oleh kecantikan atau ketampanan.cinta boleh lahir dgn tidak terduga......
realitinya...kecantikan bukanlah sepenuhnya terletak pada muka,tetapi wajah yang lebih mendominasi.....
antara muka dan wajah ada bezanya..muka adalah apa yang dipamerkan seadanya ia.....
sedangkan wajah adalah muka yang telah diberikan pendekatan dan penampilan berbeza,diperkuat oleh suara,
senyuman,lirikan mata serta susuk tubuh mahupun bahasa badan.....

usah risau kalau orang berkata wajah kita tidak jelita,sebab orang itu hanya mewakili dirinya sahaja,sedangkan ada
berjuta lagi manusia di luar sana yang memiliki persepsi berbeza.kalau dia menganggap kita tidak jelita,belum tentu semua orang pun sama.

hakikatnya setiap manusia adalah cantik dan jelita,lantaran setiap manusia adalah ciptaan Yang Maha Esa.tidakkah itu benar???.....

petikan dr majalah mingguan wanita...ruangan motivasi dr tuah.....

0 comments: